Lokasi: Depan laptop, depan TV, depan handphone Cuaca: Panas gila Mood: LAPAR! && rindu budak botak, hesh.
Current mood: Ketagih boypren sendiri
Saya rindu. Fine saya memang rindu awak. Dah lama tak jumpa lama lama. Tape tape, at least seminggu kita ada jumpa beberapa kali and its okay dari tak dapat jumpa langsung, jadi hilanglah sikit rindu saya.
Kenapa awak suka buat saya rindu awak? Adeh kadang kadang kat class saya tiba tiba je saya peluk Areda tak pun Sob sbb saya rasa saya rindu awak gila dah. Dekat atas meja saya, hampir semua penuh dengan nama awak. Tak cukup tuh, meja Areda pun saya conteng awak. Hari hari saya tengok gambar awak. Hari hari saya cakap sorang sorang dengan gambar awak. Eiiii awak jampi jampi saya eh bagi saya rindu awak gila mcm nie? Huu saya tahu tak sbb saya mmg rindu awak ikhlas dari dalam hati huhu lantak korang kalau baca nak muntah ke hape ke hape aku dulik.
Current mood: Macam dah tak makan sejuta tahun walaupun aku baru enam belas eh tak lima belas tahun baru.
Saya lapar. Fine saya memang lapar. Dah lama kot tak puasa. Adoi. Tape tape, Haziq cakap saya kuwat, jadi saya boleh tahan punya lapar tuu hehe.
Hari ini saya puasa. Peh tadi pagi nak sahur je kejut seluruh anggota keluarga. Tapi yang puasa saya sorang sahaja. Mmg comel kan. Datang sekolah, tetiba Mira bawak pulak kek coklat yang dia buat sendirik. Dorang cakap sedap. Hampeh aku tak dapat rasa. Siod weh. Mira benci kau. Bawak time aku puasa T_T Hari nie pulak Pn Hasnah tade so dua masa yang lebih kurang dua jam terbiar begitu sahaja dan saya terpaksa melayan mereka mereka bercerita. Adeh dah lah haus. Dorang minun depan aku plak tuh. Dugaan dugaan. Tape, Sheera kan kuat -.-
Current mood: Hilang arah dan pegangan hidup sebentar
Saya bosan. Fine saya memang bosan. Dah lama tak rasa bosan camni. Adoi. Tape tape, nasib baik ade blog, boleh saya melepaskan kebosanan dengan membebel, jadi hilanglah rasa bosan saya itu.
Kenapa saya bosan? Kerana saya boring. Kenapa saya boring? Sebab saya tak tawu nak buat hape. Takde homework ke? Sape cakap takde. Ade dua karangan tengah menanti saya menyiapkan beliau. Satu, Aktiviti gotong royong ; Dua, Pelancongan di Batu Pahat. Bagitawu sikit ape pelancongan yang ade dekat Batu Pahat? Kang senaraikan tempat tempat yang pernah di dating oleh saya dan budak comel baru tahu. Dah lah lima muka surat kena buat. Baru lima perenggan je saya tulis. Eh tak nampak sangat tipu tuh. Okaylah lima ayat.
Current mood: Bencinta sekolah, lantak kau aku pun tak tawu whether aku benci ke cinta haha
Saya tanak sekolah. Fine saya rasa nak berhenti sekolah je. Dah lama tak rasa hidup macam lepas PMR. Tape tape, lagi dua tahun je lagi nak habis sekolah, jadi lepasnie saya tak kan complain lagi nak berhenti sekolah sbb lepastuh mmg tade sekolah lagi pun.
Sekolah tengah melakukan proses pembinaan dan sangat bising. JCB tuh betul betul berada di hadapan class kami dan bayangkan bagaimana saya mahu belajar. Bagaimana saya mahu belajar jika bunyi genderang genderung sentiasa terdengar? Bagaimana untuk saya lulus Add Maths kalau bunyi JCB sangat membingitkan ketika Ms Goh sedang mengajar?
Ah geli sial -.-
Rindu budak atas nie. RINDU GILA. Gila pun tak rindu mcm aku. Yanggggg, updatelah cerita baru kat sheera :(
Lagi dua jam nak buka.
Ya Allah. Dah tak tahan dah. Adoi Sheera kau tak penah puasa ke? Nak ngadu hagemaru lah. Kasik lego sikit. BYE.
-------------------------
Eh kejap, Ek eleh ingat Tmah je boleh ade teka teki? Aku pun adelahh.
Tak kira apa Segala rintihan aku, engkau selalu ada
Biar kata memisah kita Biarkan saja Kerana terbiasa
Mengejar mimpi, yang pasti akan aku Sentiasa merasa kehilanganmu Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti Walau dimana kita berdiri Di dalam dunia ini Biar sampai akhirnya nanti
Semua tak terang di mataku ,walau warnanya menyala Ingin merasa namun aku takkan cuba
Biar kata memisah kita Biarkan saja Kerana terbiasa
Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku Sentiasa merasa kehilanganmu Ku akan tunggu saat bertemu Tiada henti Walau dimana kita berdiri Di dalam dunia ini Biar sampai akhirnya nanti
Tidak mengapalah. Sbb itu juga first impression saya masa kali pertama terlihat beliau. Hahaha.
Taste kami tak sama sangat kot sbb dia lebih kepada taste kanak-kanak. Hahaha. Tapiiiiiii, kami tetap mempunyai berjuta juta barangan yang sama. Owh adakah kerana saya sudah menjadi kanak-kanak? Owh tidak. Mungkin dia sudah dewasa barangkali, haha.
The best thing about her, dia suka mengalah. So best gila kalau gaduh dgn dia. Kalau gaduh dgn Areda, aku tak tawu bile hagak hagak aku boleh menang. Dah beranak pinak pun aku rase dia yang mendominasi kejuaraan. Siod pny kawan. Aku nak jugak menang sekali sekalaa -__-
Dia kepoh tapi tak kepoh. Dia paling pendiam antara kami. Eleh sebenarnya aku yang paling pendiam mwahaha. Apabila aku dan Areda buat panggilan telefon ke maktab, kami akan loudspeaker. Semestinya dia bingit di sana kerana aku dan Areda masing masing punya cerita tersendiri. Dan juga beliau sebenarnya. So tiap kali di panggilan telefon, kitorang akan bergaduh masing masing mahu bercerita. Tapi biase dorang kalah sbb ape aku dulik, aku nak cerita jugak tak kesahh korang kena diam dengar hahaha xD
Owh anda tahu kenapa tiba tiba saya menulis pasal beliau? Yehh kerana saya termimpikan beliau khawin malam tadi, haha! Saya sebagai pengapitnya ye ahaha.
Agak agak kalau malam nie aku mimpi Timah ke kan, esok aku tulis pasal dia plak lak eh. Siap dgn lagu sekali. Ahahaha.
Owh dan satu lagi, kenapa ekk, tiap kali aku mimpi, mimpi aku tergantung? Tiap kali cerita tengah klimaks mesti ade orang kejut. Ciskekkejuberkrim sungguh. Tak memasal kena buat ending sendiri. Iskkk. Cane nak sambungkan balik mimpi semalam ke mimpi malam nie?
Busy belajar, huhu Owh saya dah Areda dah jadi gadis merah jambu. Kahkahkah.
Rindu kat blog aku neh meh meh kasik kiss sikit mwaaah mwahhh kat blog. Hahaha. Minggu nie aku agak busy kot start dari hari Ahad lepas aku update last entry aku nehh. Beberapa minit selepas entry yang sebelum nie di post, aku pun menuju ke kamar dgn harapan nak tidur secukupnya memandangkan dah dua hari aku di JB tidur tak cukup kan. Baru tidur dalam beberapa minit, mak masuk ckp, Pak Por dah meninggal. Sobs ;( Terus tak tidur dan balik kampung masetuh gak. Dibaaa, be strong okayyy. I love youuuuu weh <3 You still have Ibu, Along, Angah, Wawa and US okayy :)
Start dari hari Ahad, aku busy di kampung. Orang tolong macik macik masak masak kat dapur, aku pegi main dgn budak budak huhuhu. Aku rase budak budak mmg suke aku kot hahaha. Aku dok main teka teki dgn dorang. Best gilaaaaaaaaaa wa ckp lu. Hehe. Semua cousin balik kan. Owh dan Diba pakai baju aku. Yang menariknya, cehh haha, dia muat okay pakai baju baju aku! Hahahaha mari rasa diri ini kurus kerana budak darjah enam mampu pakai baju ku xD
Owh 11 Julai, TIGS buat rombongan ke Taylor's College kat mane tah. Aku ingat rombongan pegi jumpe Taylor Swift ke hape ke kan hahaha. Nie untuk budak budak form four. Sepuluh orang satu class. Err aku tak pergi kot dgn Areda? Tapi sibuk menyibukkan diri di bilik kaunseling tadi mase taklimat hahaha semata mata nak dpt aircond doe. Kat luar panas hahahaa.
Owh dan ye, projek pembangunan blok baru di TIGS sudah bermula setelah berzaman bertangguh dari tahun lepas. Mcm hape je, SDBL start, dia pun baru start hishh. Dah lah memekak gila. Eiii cane nak belajar neh? Habaq sikit. Ceh poyooo hahaha.
Errr ape lagi yer yang berlaku minggu ini ye. Jap jap nak pikir..
Owh Timah dah buat blog doe! Hahahaha. Perlu ke aku cerita? Hahaa jawapan dia perlu! Hehehe. Bagus bagus makin banyak lah tempat tempat untuk kami mengumpat di alam maya nie haha. Tak habes di Myspace dan Facebook, Blogger pun boleh kan? Ehehee. Bagus Tim bagus. Sayang kau budak mata hijau.
Tadi Mama Syera call. Sempat ngumpat lagik sama mama dia, 'Syera kan kaki bangku' Haha jahat je aku. Eh tak mama dia yang cakap hahaha. Adeh lame seh tak contact macik tuh. Dah outdated dah dia tak tawu cerita terbaru. Ceh perlu ke dia tawu gossip gossip terbaru? Bukan dia dah jadi alim ke sekarang? Mane boleh layan cerita cerita neh hahaha.
Suddenly, saya benci Farah Ezaty. Hahaha blog layout dia lawa nak mati! Jeles habis eiiiiii tanak kawan tanak kawan tanak kawan! Hahaha. Rindu u lah macikk. Nanti klu ade futsal, nak join taw!
Dan Niena, I guess I dah tawu sape 'Teh O Ais' tuh. Penat investigate. Dasar murai.com. Penyibuk sungguh, hehe.
Owh and last one, I hate backstabber. Pergi mati. Kau bukan kawan aku lah gondol. I hate youuuu.
Banyak benda jadi kot? Owh kita cerita ikut tertib eh. Tapi entry kali nie bosan laa, takde gambar. Sbb internet sangat laju. Terima kasih ohhh streamyx T_T
27 Jun, Sabtu, ade hari terbuka. Tapi sumpah tahikkk. Nombor aku dalam tingkatan tanak paper yang bawah bawah sekali kan. Senang betul nak carik. Isk. Owh sebelum tuh, pagi tuh nenek telefon, cakap Pak Por, ayah Diba masuk hospital. Pak Por dia kena kanser otak enam bulan lepas. Then, ayah ajak pergi JB lepas amek report card, tp aku tanak! Yelah aku dah plan baik punya nak pergi rumah Pian kan same Areda. Jumpa mama Haziq semua. Tp ayah tak kasik aku tinggal sorang. So pagi tu kat sekolah aku sangat sangat moody. Mak sampai kat sekolah pun aku siap main kawan tanak kawan haha. Dah lah kena teruk gila sobs sobs. Tp luckily, balik rumah je tak kena teruk sbb balik tuh dorang semua terus cam kelam kabut packing barang ape semua tp aku tak bawak pape pun. Ye aku sangat merusuh tanak ikut pegi JB tp at last, aku ikut jugak sbb ayah cam marah marah. Otw pegi JB meleleh wa ckp lu haha.
Pukul 11 kot dah sampai JB and terus pegi Hospital Sultan Ismail. Aku cam mamai mamai sbb baru bangun tidur. Pukul 3 gitu gitu pergi rumah pacik aku, rehat rehat dan tgk channel V pasal Micheal Jackson. Aku berperangai sangat tidak senonoh bila terlihat majalah berupa gambar Awokkk di hadapannya haha tak memasal mood jadik stabil.
Petang pegi hospital lagi and pacik macik sume cakap, Pak Por keadaan gila kritikal. Aku mcm shocked gile lah tak sangke kan ingat masuk hospital biasa biase je. Then I saw Diba and Wawa nangis nangis lepas tgk ayah dorang kat dlm. Gila punya nangis. Aku cam terharu sayuuu gila. Aku duduk dekat lobi je. Hmmphh. Abang abang dorang kat hostel semua balik secara emergency petang tuh. Pacik macik yg kat KL, BP semua turun JB.
Tetiba ayah cakap, 'Malam nie tidur JB jelah, tidur rumah Diba.' Aku dah, ehhh orang tak bawak baju lah! Sehelai sepinggang okay dr BP! Phone plak battery cam dah nak meninggal. Charger plak takde hmm. Sabar jelah. Len kali org suro packing barang, packinglah kan. Jd kesimpulannya aku pinjam baju Kak Nina utk malam dan keesokkan harinya. Sepender juga hasil tajaan Kak Nina hehehe.
Malam tuh Areda msg. Cerita cerita pasal kat rumah Pian tadi. Cam gila terkilan kot sbb tak pegi urghhh. Areda dah jumpa mak mertua aku, tp aku tak jumpa jumpa huwww. Tapi aku rasa nasib baik aku ikut ayah aku pegi JB walaupun pada mulanya gila tanak pegi. Boleh mati kutu aku dibuatnya tinggal semalaman sorang sorang.
Tidur lambat kot malam tuh haha habis kena marah ng si suami :p Bangun bangun pukul 5 sebab perutt ku sgt tidak sekolah, sakitttt! Berpuluh kali gak keluar masuk toilet. Adehhh siot.
Pagi pagi gerak pergi Hospital Sultanah Aminah plak cause Pak Por dah pindah sana sbb malam td kata nak wat operation and suddenly dpt tawu, Pak Por tak jadik wat operation sbb dia di tahap sgt kritikal, emm i mean koma. Dia kat wad ICU. Aku tgk pun cam sayu gilaa. Tak sangka camni kan jd. Pak Por skg bergantung pada mesin je. Gila tak sampai hati lah aku nak tgk. Semua orang dah nangis. Aku je tak mampu nak nangis. Sbb? Sbb aku takut! Haha. Dah lah melintas depan aku sebelum tuh orang yg kepala dia baru lepas kena jahit. Tak mcm gerun plak kan haih mmg taleh jadi doktor.
Tengahari td gerak balik BP. And mungkin esok pagi pagi pegi JB lagi. Hopefully Pak Por selamat cause yeahh, dia kuat. Sangat kuat.
Sebenarnya aku masih terkilan, sbb Haziq ade dtg tigs gak hari Sabtu tuh, sbb amek report card adik dia yang form one kan. Tp tak dpt jumpe cause mak dtg awal gila amek report card aku. Hmppphhhh. Gila jealous dorang dorang msg aku, 'Suka lah tuh td Haziq dtg'. Tp tak tawu, aku dok bersedih terkilan gila sbb tak dpt jumpe. Haihh next time ye sayang? Aduiii rinduuu :(
Owh yea, beberapa minit tadi, Syera msg meminta maaf. Kenapa? Sbb dia dah lama gila tak msg. Owh baru aku tawu, phone cikai dia kena rampas huhu dan sekarang dia guna phone Aimi. Adehhh lu nie dah tawu prep bawak phone. Ngoi taw. Kalau lu bawak phone sony lu, iskk mesti lagi best kan, hahaha.
Eh penatlah, nak main game kat facebook jap. Bye bye. 2 commented
Thursday, June 25, 2009
Saya rasa tigs tuh tak bodoh, tp awak yg bodoh.
followed your heart 4:07 AM
Entry kali nie nak megah megah pasal tigs jap, tak yah bace kalau tak suke.
Tadi aku ade tuisyen. Add Maths, kat Fikrah. Utk pengetahun korang, aku tuisyen kat Fikrah tahun nie mmg pendiam. Sbb my BELOVED BESTFRIEND malas nak masuk sbb ade masalah peribadi. Owh okay lah kan. At least aku boleh belajar tanpa Areda haha. Eh tapi aku bukan sorang lah, ramai lg budak tigs ade. So tadelah mcm keseorangan tp aku mmg pendiam gila dekat tuisyen dan sangat sangat berbeza dari perangai kat sekolah. Penat kot. Enjin pagi dah start. Petang rest lah kan. Takpelah sekali sekala pendiam kan.
Aku tak nafikan lah, adelah sekumpulan budak sekolah aku, yang bising. Tapi aku tak rasa tuh menghinakan sampai adelah kumpulan sekolah siaak kat belakang aku nie kutuk tigs mcm ape. Dah lah tuh. Orang lain yang bising, aku plak yang macam kena lebih lebih. What theee?
Ceritanya begini. Petang tadi, aku dapat duduk tepi sekali. Sebelah Izzy. Darn it. Tu lah sape suroh tidur. Balik pukul dua, nak tidur plak. Class start pukul 3.30. Mangkuk. Dpt duduk sebelah budak sekolah ***** yang mulut mcm longkang. Kate je puase, tapi perangai mcm sial habis.
Okay lah. Mula mula dorang cam tak carik pasal. Lepas dah start belajar, budak belakang aku neh, tak nampak ape cikgu tulis kat depan. BUTA kot. Lenkali pakai speck hitam. Baru kelas gitu. Heh. Tp pastu cam nak psycho psycho aku, 'Eh budak depan, kepala kau bapak besar. Ehh sorii aku tak ckp pada sapa sapa. Sape terasa, padan muka.' Lalala mmg aku terasa pun sbb aku jelah yg depan dia. Ei babi.
Tu takpelah. Mungkin aku besar kepala kot. Dia tendang tendang kerusi aku gak. Sengaja ke tak. Wallahualam.
Then masa azan, adelah budak budak tigs nie bising bising. Then budak belakang aku nie nak marah marah ckp 'Tak reti hormat ke, kan azan. Sial betul. Bodohh harap skolah je pandai.' Then kawan dia nyampuk, 'Ha'a tigs kan bodoh. Budak budak dia mmg bodoh.' Heh? Kau tuh azan pun cakap, ngumpat orang lagiii, so kau tak bodoh ke macik peah oii? Bongok. Nak cakap orang, lenkali cermin lah diri sendiri! Kau tuh pakai seluar ketat sendat sampai takde ruang anggota badan kau nak bernafas, tp pakai tudung, tak reti hormat Islam plak kan? Heh hamek kau aku dah bg ceramah.
Yang dia nak cakap tigs bodoh tuh apesal? Suka suka je cakap sekolah orang bodoh whatthehell? Bukan sekali dua org ckp cmni. Banyak kali dah. Masalahnya asal nak ckp cmtu? Okay nak beat ng sekolah kau? Dekat dalam Johor sekolah kau top 5 ke nak kutuk kutuk sekolah aku? Aku tak penah cakap aku bangga sekolah aku cmtu cmni, and aku pun tak suka nak cakap, tapi bila perangai kau dah mcm hape nak kutuk sekolah aku, cerminlah diri sikitttt! Kau kutuk sekolah kitorang bodoh sbb takde motif, kan? Ke sebab kau jealous? Sori sebab berlagak tapi tak tahan lah weh! Ape masalah tigs kat korang sebenarnya? Hehh.
Lepastu nak cakap, sekolah ***** budaknya baik baik. Tak macam budak tigs, teruk teruk. HAHAHAHA tergelak bodoh aku dgr! Aku bukan nak kutuk ape sekolah kau, tapi heh, jangan nak wat lawak boleh tak? Nak mengaku budak sekolah sendiri baik baik alim innocent nak mati? ALAAAAAHAI!
Aku mcm tak puati gila ng dorang. Tp aku diamkan je. Malas lah nak carik pasal. Dah lah ngantuk time tuh.
Eleh dari sorang member dia tuh, nak pegi tusyen, cam nak pegi tengok konsert. Mekap tebal seploh inci. Nak ngurat cikgu Z ek? Hahahaah.
Oklah saje nak luahkan. Kali nie punya entry saje nak tulis open, bukan kat blog lagi satu. Mane tawu ade yang terbaca lalu terasa kan. Sorry entry emosional. Dan saya rasa sbb saya tak pernah puji tigs kot sebelum nie? Huhu. Sekali sekala backup sekolah sendiri tape kann.
SAYA SAYANG TIGS!
eh takkk,
saya sayang TIGSIAN :) *i love the ppl in tigs only, not the school haha eh tak dlm proses nak syg tigs haha*
----------------------------------------------
Sangat takut menjelang hari terbuka. Adeh dah lah Cik Ton yang jage! Only tigsian je kot yang tawu Cik Ton cemana? Hahaha Cik Fadzilatun, jangan cakap kuwat kuwat taw nnt haha. Aku ng Areda dah pesan kat mak masing masing pape yg patut hehehe :P
Owh and still missing my baby Hagemaru huuuuu.
Semalam mak terserempak ng Haziq. For the firstime kot heee :) Cane mak, lulus tak lulus tak jadik menantuuuuu? ^^,
Semua plan ng Areda tak jadi. A B C D E F semua dah buat. Esok peluang last. Harap harap jadi. Aminnnnnn. Adeh adeh tulah tipu lagi -__-
Owh semalam Syera call. Mangkuk. Ingat emergency lah. Call dekat bape kali entah. Sekali nak ajak gossip haha tawulah kedit banyak! Poyooooo. Eh, rindu kau lahh gemukk (:
Sabtu nie Hari Terbuka. Mampus -___- Tapi aku plan nak stay rumah Areda lepastu nak main mekap mekap hahaha tak lahh, nak pegi rumah kakak Pian kawen hee cam cool gila en. Balik mak mesti lupa nak marah. Mak Areda plak mst tak marah Areda sgt sbb aku ade. Klu dia kena marah pun, lantaklah. Hal anak beranak hahaha.
Owh dan ade Hari Keusahawanan SDBL. Nak pergiiiiiii :( Tp cam busy kot sbb dah pegi rumah Pian kan. Haih haih.
Owh and aku rase tak sempat jumpe kakak sayang saya before dia pergi Uniten hmmmmmmmmmm :(
Sekolah rendah? Aha teringat pasal sekolah rendah sebab asyik baca blog Diba [my cuz] ng Ina. Woooo rindu kot? Mcm baru semalam je jadik senior yg zalim kat sekolah rendah tuptup tahun depan aku dah jadi senior yg tak berapa nak zalim kat sekolah menengah haha. Cepat gila ekk. Dah empat tahun dah rupenya. Ape laa gaknya khabar khabar kawan kawan sekelas yg dulu yekk.
Ada kawan kawan lama sekarang yg masih sekelas. Contoh Peanut ng Huda. Tapi masing masing dah ade geng baru wp dulunya aku rapat gila gila ng Peanut dan boleh dikatekan bestfriend lah kan. Sekarang rapat lagi, tp takde dah share share rahsia lg cam dulu. Owh btw, Haziq cinta pertama Peanut mase kat sekolah rendah wewiiiiiit :P
Dulu dorang nie femes kot hahaha. Tapi masetuh saya tak pandang sgt Haziq sbb saya minat orang lain tapi adelah pandang sikit sikit hahaha. Gila terkejut beruk Peanut mase tawu aku ng Haziq hee tp dia dah tak kesah kot sbb dia pun dah ade Baem haha.
Aku ada dua orang bestfriends masa sekolah rendah. I mean the perempuan one lah kan. Ain ng Peanut. Ain sekarang dekat Sains Muar. Sobsss pindah dari tigs dah lah tak bgtawu kan grrr sunat kang. Kitorang kawan lagi skg cuma dah tak rapat mcm dulu. Nak share share rahsia pun cam dah malu malu. Jumpa pun kekadang memasing segan silu even dulu tidur sekatil sebantal, study sama sama *sentap* dan minat laki yang sama haha nie mmg tak leh blaa.
Tapi dulu aku minat laki kebanyakkan laki yg aku minat tu tak pandang aku tp pandang Peanut hahaha kesian. Time aku jalan ng Peanut, aku bajet dia tgk aku. Tapi dia tgk Peanut cess masetuh mmg feeling feeling la balik rumah hahaha. Dulu aku selekeh doe. Sape je nak minat. Tu Haziq tak pandang langsung :P Tapi dulu aku ade minat Haziq gak hahaha yelah atlit sekolah kan. Salu gak jerit jerit dlm hati time dia tga lari dulu sebagai sokongan haha dalam hati tuuu weh.
Haziq dulu class lain. So mmg tak rapat lah. Tapi dia ketua darjah *kahkahkah ketua darjah* xD haha so agak laa asyik terserempak je heeeeeee. Aku lagi rapat ng laki laki class aku mcm Aimy, Zulfie, Akmal, Alif, Faiz and others laa. Tapi sekarang cam sume dah tak rapat lagi kot? Aimy kat Negeri Sembilan, Zulfie kat MRSM, Akmal kat Sains Muar, Alif kat Sains Johor kot dan Faiz tak dpt dikesan. Adelah lima enam orang aku jumpa balik dekat friendster, myspace. Muka masing masing dah lain gilaaaaaaaaaaaaa! Yg best ramai cakap aku makin comel hehehe suka nieeee! Yela dulu selakai serabai kan..
Dorang semua tak tawu nie skg aku ng budak class sebelah tuu, haha klu tawu, iskkk mesti dorang tak sangka hahaa.
Dulu mase darjah 6, orang panggil aku AFISI sbb budak tuh minat aku. Hehehe nak perasan jap neh weeee ade orang minat :P Tapi aku tak minat dia sbb dia tak hensem kot haha tp sekarang dah hensem cehh tp lagi hensem Haziq saya laa haha. Aku mula mula tak tawu Afisi nie syok kat aku. Sampai laa ade satu hari tuh, dia nak bagi surat cinta lahh kononnya kat aku. Tapi tak jadi dek kerana orang yg diamanahkan bagi surat tuh kat aku dah baca dulu surat tuh then kecohkan satu kelas. Babi betul haha. Kami tak couple, tapi aku rasa cam couple plak kahkah sbb ktorg sering diejek ejek. Grrr rindu haha sbb aku suka buli dia dan buat dia blush. Hahah dah tawu org tuh suka kita kan, apa lagi, saje main main mata padahal tade feeling pun haaa jahat gila hehe. Sekarang Afisi dekat Sains Muar, dan dia pun dah ada GF. Comel katanya ehee.
Iskk tetiba terflashblack plakk kenangan kenangan sekolah rendah. Ingat lagik dulu kitorang penah pegi cuti sama sama kat waterworld Melaka. It was totally fun! Cause kat situ kot aku rasa kali last aku meet dorang dorang? Emm yelahh tu. Kitorang buat masa akhir bulan 12 dah nak masuk form one. Best gilaaaaaaaa weh! Naik gelongsor yg tinggi nak mampos ng seorang yg saya admire bersama sama di satu pelampung haha satu pengalaman yg menarik. Dah lah dorang tak pakai baju fuuuhh hahaah tergoda iman cewahhh habis Haziq baca nie. Eleh saya terpikat ng awak sorang je sekarang :D
Isk tetiba rindu gila gila plak dekat sekolah rendah. Wp tu time budak budak, tak matured lagi, tp friendship masetuh cam best sgtt. Dulu before balik dr Waterworld, masing masing janji tak kan lost contact, tak kan lupakan each other. Tapi sekarang? Huhu tinggal kenangan jelah. Eh agak agak dorang bace tak blog aku? Kalau baca kannn, nak cakap nie, rinduuuuuuuuuuuuuuu 6 Bestari, 2005! :(
Eh awak, Rindu awak tahap kambing dah tak mandi tiga tahun. Awak tawu tak?
Rase nak pindah sdbl je sekarang.
Ish kenapa lah kita tak couple je masa same same dulu time sekolah rendah, klu tak hari hari i dapat jumpe u tawu tak, haha.
- Good Grades this Final Exam
- SONY ERICSSON c902i
- i-Phone bebehh :D
- VAIO laptop
- Birthday bashh
- Jadik lagi tinggi!
- Long lasting relationship with you-know-who ;)
- Spent time with adik-adik
- Spent more times with familia
- Meet all the cousins
- Can't wait till raya! Haha